Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi
Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad Isnin.
DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang
dikeluarkan pada 15 Dis lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu
mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.
Beliau berkata strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga
minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan
memperbodohkan Melayu.
"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP
mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia
silap.
"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu.
Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment