Monday, 14 January 2013

Islam Diabaikan Dalam HKR112...

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diwar-warkan sebagai ekspresi luahan rakyat terhadap apa yang dikatakan ketidakadilan kerajaan yang sedia ada. HKR dijadikan tempat mereka bagi menyuarakan apa yang terpendam dan mendemokan permintaan mereka untuk didengari dan dilihat oleh kerajaan meskipun kebanyakan permintaan yang disuarakan telah dipenuhi dan sedang dikaji.

Biarpun HKR dianjurkan oleh pihak pembangkang dan diketuai oleh PAS sendiri yakni Mat sabu, tiada syarat-syarat khusus penganjur buat peserta yang ingin menyertainya. Dengan kata mudah sesiapa pun boleh sertai himpunan ini untuk menyuarakan dan memperjuangkan kepercayaan mereka. Ini bagi menjamin jumlah kehadiran mencecah 1 juta seperti yang dirancang.

Cuma agak pelik dikala penganjurnya adalah timbalan Presiden PAS, segala hasrat ahli-ahli parti mengenai negara islam, hudud dan kalimah Allah  tidak disuarakan oleh peserta perhimpunan, malah Presiden PAs sendiri tidak menggunakan himpunan ini bagi menjelaskan isu-isu yang dihadapinya.

Sebaliknya golongan LGBT, Sosialis, Liberalis dan NGO-NGO pula yang menguasai segala isu dalam himpunan yang dianjurkan  oleh Mat Sabu, persoalannya adakah ada  halangan bagi rakyat yang ingin menyuarakan isu islam dalam himpunan ini?


Kalu mengikutkan suasana HKR kali ini , amat berlainan sekali yang saranan PAS suatu masa dahulu yang mengutamakan aurat,pengasingan jantina malah persembahan nyanyian dalam sesuatu himpunan. Tapi kali ini perkara-perkara itu tidak dititik beratkan malah himpunan kali ini mirip seperti di woodstock , rock the world konsert dan mana-mana konsert hiburan yang tidak mengendahkan soal moral dalam penganjurannya.Penyanyi kumpulan Blues Gang iaitu ito, sedap melagukan nyanyian bagi menghiburkan peserta...sedangkan didepan dan belakangnya adalah mulimah PAS yang tidak segan silu bertepuk dan bersorak....

Agak memalukan apabila tersebar di laman-laman web , media sosial dan media cetak, kekeliruan peserta dalam menentukan arah kiblat bagi menunaikan solat, lebih memalukan bila pihak penganjur adalah dari Parti PAS sendiri, dimanakan unit amal PAS yang ditugaskan menjaga keselamatan dan menyediakan kemudahan kepada peserta, adakah mereka sibuk melayani tetamu VVIP?

Namun dalam kekalutan yang dilihat tidak mengutamakan syariat islam dalam penganjuran isu hudud, negara islam malah kalimah allah juga tidak diberi ruang dalam himpunan kali ini , persoalannya benarkah islam telah dipinggirkan dari perjuangan PAS?

Para pemimpin PAS perlu segera menjawab perkara ini bagi meleraikan kekeliruan ahli mereka yang berada di luar daerah dan pendalaman yang masih percaya hudud dan negara islam diperjuangkan oleh PAS. Agak malang bagi kebanyakan mereka yang berumur dan tidak mempunyai akses media masih lagi menganggap perjuangan Pas masih lagi berpandukan pada buku 'Negara Islam" sedangkan sekarang 'Buku Jingga" dan "Negara Berkebajikan' yang menjadi panduan halatuju PAS.

No comments:

Post a Comment