Tuesday, 15 January 2013

Kalimah Allah: Allah Maha Besar! PAS Tersungkur.

Melucukan, itulah ungkapan paling tepat bagi mengambarkan situasi PAS dalam menangani isu kalimah Allah. Bagaimana sebuah parti yang kononnya asas perjuangan mereka adalah untuk islam  dipimpin pula oleh barisan ulamak , boleh melakukan silap mata membuat 2 keputusan dalam masa 7 hari.

Sebelum himpunan HKR112, Presiden dan timbalan Presiden PAS berdiri dibarisan kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas menyuarakan persetujuan bahawasanya kalimah Allah boleh digunapakai oleh bukan islam dalam cara apa pun.. Tindakan mereka dilihat sebagai sokongan moral bagi mencetuskan satu himpunan yang merangkumi pelbagai kaum, dalam erti kata bagi mengalakkan rakyat beragama kristian turut bersama himpunan yang dianjurkan oleh Timbalan Presiden PAS nanti.

Ketika kenyataan itu dibacakan haji hadi awang seolah-olah sedang membaca skrip dimana pengarahnya anwar ibrahim sedang memegang skrip mengamati satu persatu apa yang haji hadi ucapkan, ini menunjukkan bahawa kenyataan yang dibaca bukan kehendak sebenar haji hadi awang tapi adalah rekaan dan ciptaan PKR dan DAP yang cuba mendominasi PAS dalam halatuju pakatan rakyat.

Buat permulaan, pihak yang menentang kenyataan ini dilihat sebagai agen UMNO, Apantah lagi  Sultan Selangor juga mengeluarkan arahan kepada MAIS bagi menghalang kalimah Allah digunapakai oleh bukan islam. Seketika orang PAS menganggap penentangan itu berdasarkan politik semata-mata


Namun apabila kenyataan itu disanggah oleh orang Pas sendiri...harun taib dan harun din dua tokoh agama yang lantang bersuara sejak dahulu lagi tentang isu kalimah Allah ini. Ia memberi signal buat PAS agar tidak merasa selesa dengan keputusan yang mereka buat.Namun seperti kelazimannya berita ini tidak tersebar didalam media pro pakatan , agar ia tidak menjejaskan perhimpunan yang bakal dilaksanakan.

Bagi meredakan ketegangan pendapat dikalangan orang PAS sendiri, majlis syura  telah melakukan perbincangan mereka selepas perhimpunan HKR112, Dan hasil perbincangan mereka..majlis syura telah menolak sama sekali penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam . Ini jelas bercanggah dengan kenyataan pertama yang bersetuju.

Keputusan majlis syura PAS sebenarnya menghancurkan harapan PKR dan DAP bagi meliberalisasikan PAS , namun yang utamanya...tindakan PAS yang tidak konsisten dalam membuat sesuatu keputusan memberi impak kepercayaan kepada pengundi khususnya non muslim, adakah PAS juga akan mengubah keputusannya nanti tentang negara islam dan hudud...?

PAS sepatutnya berterimakasih kepada UMNO, Ia memberi PAS ruang untuk meletakkan kesalahan dan kesilapan membuat keputusan diatas bahu UMNO. Lihat sahajalah kenyataan Presiden PAS yang tidak pernah lekang menyalahkan UMNO , walaupun keputusan yang dibuat adalah diri beliau sendiri berdasarkan ilmu yang dia miliki.

No comments:

Post a Comment