Dewan Ulamak Pas masih mengekalkan pendirian mereka sebelum ini yang tidak membenarkan bukan islam menggunakan kalimah Allah. Ini amat bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS yang menyokong dan menyetujui bahawanya bukan islam boleh menggunakannya bagi tujuan agama mereka asalkan tidak disalahguna (kenyataan ini dilihat amat mengelirukan).
begitu juga dengan pendirian datuk ismail kamus yang menyebut "Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah
tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau
dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam
atau agama lain? "Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya,
kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku,"
Sebenarnya kita boleh lihat kesannya di dalam alam maya, cuba lihat pada laman youtube..beribu-ribu video yang diuploadkan oleh gerakan kristian yang menggunakan kalimah Allah dalam penyebarannya...walaupun kita tidak dapat menghalang/sekat penyiarannya namun kesannya dapat dirasai...kita bayangkan bagaimana negara jiran kita indonesia.
Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan
serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam
seluruh dunia.
Jesteru itu, kita wajib menghalang sebarang usaha yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin politik yang buta disebabkan ingin berkuasa dalam meng'halal'kan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.
perlu di baca:
Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?
Indonesia Negara Kristian Menjelang 2035?

No comments:
Post a Comment