Thursday, 17 January 2013

Kerajaan Perak Mementingkan Rakyat Daripada Memberi Tanah Kepada Kroni Seperti Kelantan

Perak Sedia 250 Kiosk Bantu Golongan Miskin Berniaga

Pada tahun ini, sebanyak 250 buah kiosk telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah program yang dikenali sebagai Kiosk Aman Jaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata program yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat merupakan salah satu produk mengupayakan masyarakat tempatan.

“Kiosk-kiosk ini disediakan buat golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah yang dikenalpasti bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan,” kata beliau.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program turun padang DUN Pengkalan Baharu di Arena Square, dekat Beruas, sebentar tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dermasiswa, Borang Tawaran 5A dan elaun sara hidup nelayan tempatan.

Terdahulu, di sebelah pagi, Zambry sempat meluangkan bersarapan pagi dengan masyarakat Kampung Changkat Cermin dan kemudiannya melawat surau uzur di Kampung Tebuk Yan 2, dekat Pantai Remis.

Seterusnya, beliau bersama pegawai kanan kerajaan yang lain menghadiri majlis pecah tanah bangunan tambahan SJK C Tit Bin.

No comments:

Post a Comment