Monday, 28 January 2013

MB Perak: Awasi Kes Sabotaj Parti

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti, namun pihaknya melihat ia bukan sesuatu yang serius.

Belaiu berkata, Barisan Nasional (BN) Negeri telah membuat persiapan awal termasuk perjumpaan dan perbincangan bersama semua barisan kepimpinan parti bagi memastikan peletakan calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berjalan lancar.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, secara keseluruhannya, semua ahli parti termasuk parti kompenan menunjukkan semangat tinggi apabila tidak lagi mempersoalkan siapa calon yang bertanding, sebaliknya bersedia menyokong pencalonan yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

“Setiap kali pilihan raya, kita bukanlah menjangkakan (sabotaj dalaman), mungkin akan ada, tetapi saya tidak melihat ia sebagai perkara serius.

“Proses perbinca-ngan dan saling bertukar pandangan ini sudah dibuat sekian lama, jadi soal sabotaj dalaman ini bagi saya tidak berlaku dalam konteks BN Perak,” katanya kepada media selepas merasmikan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia di Kompleks Rakan Muda Kamunting, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai kerusi mengundi Parlimen Taiping, Zambry yakin BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP.

“Saya sangat positif, melihat kepada sambutan dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak menunjukkan kita berada dalam keadaan cukup baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment