Friday, 25 January 2013

Pas Berang Bila PM ke Gaza Bukannya Anwar......

Teringat ketika Anwar berkata didalam satu wawancara dan tersiar didalam majalah yang terkemuka di dunia ketika itu, ayat nya I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”( the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011) , ketika itu media PR sedangkan menjalankan kempen mengaitkan BN/Umno dengan syarikat israel yang telah mendatangkan kemarahan kepada pelobi dan penyokong kewangan sehingga memaksa Anwar ketika itu mengadakan satu lawatan meminta maaf dan penerangan kepada rakannya di washingston.

Sebenarnya nama anwar bukanlah satu nama yang dianggap sebagai pejuang sebenar umat islam di Dunia, anwar hanya dipuja-puja dikalangan pemimpin negara-negara barat disebabkan idealisme yang dibawanya seperti hak kesamarataan gender(LGBT) , pluralisme dan liberalsme.Tiada satu ucapannya dihadapan pemimpin NGO dan Negara barat yang mengatakan islam agama yang benar ..melainkan menyamaratakan semua agama malah ada kadangkalanya dia melampaui batas sebagai penganut agama islam.

Agak menarik ketika negara timur tengah sedang dilanda satu revolusi atau kebangkitan , anwar ibrahim cuna menggunakan PAS bagi membangkitkan semangat dan kerevolusian dengan menggunakan islam.Atas alasan kerajaan yang sedia ada adalah mirip dengan kerajaan yang tumbang ditunisia, libya, mesir , yaman dan beberapa buah negara lagi yang tidak tumbang kerana digerakkan oleh golongan syiah seperti di bahrain.

Anwar dan Pas cuba mengambarkan 'arab springs' sebagai satu gerakan yang tidak mendatangkan mudarat kepada Malaysia, mereka mengatakan sekiranya kerajaan yang sedia ada tumbang...pelabur dari luar akan berpusu-pusu memasuki pasaran Malaysia dan mengembalikan tahap ekonomi Malaysia pada kedudukan yang lebih baik.



Berbalik dengan lawatan PM ke Gaza, kejutan berlaku khususnya PAS yang tidak percaya keberanian PM untuk mengunjungi Gaza apantah lagi berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin , ismail haniyeh.Ia merupakan satu tamparan yang hebat buat Pas yang selama ini mendabik dada menyatakan Pas diumpama seperti hamas keduanya memperjuangkan islam dan berkehendakkan islam sehingga Pas menjalankan kempen serata negara bahawa UMNO tidak mengiktiraf hamas disebaban mengikut telunjuk US.

Kempen sedemikian memberi kesan terhadap ahli mereka sendiri, ini jelas apabila lawatan PM ke Gaza memberikan kesan psikologi yang mendalam terutamanya Pas untuk memutar belit fitnah yang mereka lempar selama ini terhadap Umno.

Lihatlah kenyataan Ketua dewan pemuda Pas yang terang-terang berniat jahat dan mempunyai unsur ketidak puasan hatinya apabila berita lawatan PM ke Gaza disebarkan secara meluas oleh media dunia, apantah lagi rombongan PM kali ini juga diiringi oleh bekas timbalan Presiden PAS . Pasti ia tidak disenangi oleh Pas apantah lagi bila isu kalimah Allah tidak menguntungkan kedudukan Pas didalam PR.

Apa yang pasti Umno tidak pernah menganggap Pas sebagai musuh politiknya malah sikap baik sesama saudara agama sebangsa diamalkan setiap masa.Kita dapat lihat dan rasanya kerajaan yang ditunjangi oleh Umno sekarang tidak pernah mengabaikan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas, huru hara yang terjadi disebabkan salah tadbir kerajaan negeri tapi bagi menutup kesilapan mereka..mereka menyalahkan Umno

Sedang Pas ingin menjadi hero islam didalam negara, Umno telah mengorak langkah mempertahankan umat islam diperingkat antarabangsa melangkaui sempadan negara, Umno tidak perlu melabelkan seseorang itu islam plastik, islam suku- politik suku, islam jelmaan dan pelbagai jenis islam yang dilemparkan oleh Pas terhadap Umno...yang lebih penting Umno menyebarkan islam secara berhemah dan menyedarkan penganut agama lain kebaikan dan kebenaran islam tanpa perlu mengadaikan kalimah allah.

No comments:

Post a Comment