Thursday, 31 January 2013

PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang



Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.

Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami?

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu?

Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS.

Beruang Biru

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Buka Laman Web Khas PRU 13

Bagi memudahkan para pengundi dan ahli politik mendapat sebarang maklumat dan ada pertanyaan tentang pilihanraya SPR mengambil langkah persedian dengan membuka satu laman web www.pru13.gov.my .

Bagi yang ingin menyemak tempat mengundi atau nama anda masih tersenarai sebagai pengundi boleh lah melayarinya....


Wednesday, 30 January 2013

Cara Halus Mereka Untuk Hapuskan Institusi Raja?

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   Namun, tidak semua rakyat begitu mudah
terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. 

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap. 

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.   

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PRmemenangi PRU.  

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti. 

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.  

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total. 

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini. 

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP? 

Beruang Biru

Kelemahan UMNO Yang Di Dedahkan Oleh Pemimpin Veteran


Monday, 28 January 2013

MB Perak: Awasi Kes Sabotaj Parti

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti, namun pihaknya melihat ia bukan sesuatu yang serius.

Belaiu berkata, Barisan Nasional (BN) Negeri telah membuat persiapan awal termasuk perjumpaan dan perbincangan bersama semua barisan kepimpinan parti bagi memastikan peletakan calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berjalan lancar.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, secara keseluruhannya, semua ahli parti termasuk parti kompenan menunjukkan semangat tinggi apabila tidak lagi mempersoalkan siapa calon yang bertanding, sebaliknya bersedia menyokong pencalonan yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

“Setiap kali pilihan raya, kita bukanlah menjangkakan (sabotaj dalaman), mungkin akan ada, tetapi saya tidak melihat ia sebagai perkara serius.

“Proses perbinca-ngan dan saling bertukar pandangan ini sudah dibuat sekian lama, jadi soal sabotaj dalaman ini bagi saya tidak berlaku dalam konteks BN Perak,” katanya kepada media selepas merasmikan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia di Kompleks Rakan Muda Kamunting, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai kerusi mengundi Parlimen Taiping, Zambry yakin BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP.

“Saya sangat positif, melihat kepada sambutan dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak menunjukkan kita berada dalam keadaan cukup baik,” katanya.

Friday, 25 January 2013

Tokoh Maulidur Rasul nyaris ditembak lelaki khalwat

Pengalaman nyaris ditembak seorang lelaki yang ditangkap berkhalwat di Taiping adalah pengalaman paling tidak dapat dilupakan seorang penerima Tokoh Maulidur Rasul 1434 Hijrah di Perak.

Jamaludin Osman, 56, yang menjadi anggota sukarelawan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sejak 2000 dipilih menerima anugerah Tokoh Penguat kuasa Agama.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi pertengahan 2009 bersama empat lagi anggota sukarelawan penguat kuasa JAIP selepas menerima laporan pasangan bukan muhrim menginap di hotel di bandar berkenaan.
  
Lelaki keluarkan pistol

“Ketika seorang anggota penguat kuasa hendak memberkas pasangan lelaki, dia memberontak serta mengeluarkan sepucuk pistol.

“Kami cuba menasihatinya menyerah secara baik, tetapi dia terus menarik picu pistol hendak menembak saya yang berada kira-kira tiga meter darinya.

“Keadaan jadi kelam-kabut sebelum saya dapat menyelinap turun dan menghubungi polis yang berjaya memujuk pasangan itu menyerah diri tanpa kejadian tidak diingini,” katanya selepas menerima anugerah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Maktab Rendah Sains Mara, di sini, semalam.
Ugutan di telefon

Jamaludin juga pernah menerima ugutan melalui telefon setiap hari selama sebulan yang dipercayai dilakukan seorang pesalah syariah menyebabkannya terpaksa membuat laporan polis.

Sementara itu, Tokoh Keluarga Mithali diterima pesara tentera, Danyal Ghazali, 70, atas semangatnya membesarkan 11 anak iaitu sembilan perempuan dan dua lelaki sehingga semuanya berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.

Danyal yang berasal dari Lenggong, berkata, beliau menganggap anaknya sebagai kawan sambil menerapkan disiplin tentera dan isterinya, Zalekha Othman, 67, membantunya memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka. 

Pas Berang Bila PM ke Gaza Bukannya Anwar......

Teringat ketika Anwar berkata didalam satu wawancara dan tersiar didalam majalah yang terkemuka di dunia ketika itu, ayat nya I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”( the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011) , ketika itu media PR sedangkan menjalankan kempen mengaitkan BN/Umno dengan syarikat israel yang telah mendatangkan kemarahan kepada pelobi dan penyokong kewangan sehingga memaksa Anwar ketika itu mengadakan satu lawatan meminta maaf dan penerangan kepada rakannya di washingston.

Sebenarnya nama anwar bukanlah satu nama yang dianggap sebagai pejuang sebenar umat islam di Dunia, anwar hanya dipuja-puja dikalangan pemimpin negara-negara barat disebabkan idealisme yang dibawanya seperti hak kesamarataan gender(LGBT) , pluralisme dan liberalsme.Tiada satu ucapannya dihadapan pemimpin NGO dan Negara barat yang mengatakan islam agama yang benar ..melainkan menyamaratakan semua agama malah ada kadangkalanya dia melampaui batas sebagai penganut agama islam.

Agak menarik ketika negara timur tengah sedang dilanda satu revolusi atau kebangkitan , anwar ibrahim cuna menggunakan PAS bagi membangkitkan semangat dan kerevolusian dengan menggunakan islam.Atas alasan kerajaan yang sedia ada adalah mirip dengan kerajaan yang tumbang ditunisia, libya, mesir , yaman dan beberapa buah negara lagi yang tidak tumbang kerana digerakkan oleh golongan syiah seperti di bahrain.

Anwar dan Pas cuba mengambarkan 'arab springs' sebagai satu gerakan yang tidak mendatangkan mudarat kepada Malaysia, mereka mengatakan sekiranya kerajaan yang sedia ada tumbang...pelabur dari luar akan berpusu-pusu memasuki pasaran Malaysia dan mengembalikan tahap ekonomi Malaysia pada kedudukan yang lebih baik.


Wednesday, 23 January 2013

Ketua Dewan Pemuda PAS & Kejantanan Jadi-Jadian

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

“Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur,” tegas Nasrudin kepada Utusan Malaysia.

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran ‘lembut’ dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

“Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut,” itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala’ dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

Tuesday, 22 January 2013

PM Ke Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memasuki Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin untuk lawatan kemanusiaan hari ini.

Najib yang dijadual memasuki Gaza pada pukul 10 pagi waktu tempatan, merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin itu..

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan.

Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib juga akan berjumpa dengan anggota-anggota kabinet dan anggota Parlimen Palestin.

Kemudian Najib dan Rosmah akan diraikan pada majlis jamuan tengah hari oleh Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Sementara itu dalam program berasingan, Rosmah dijadual melawat hospital kanak-kanak Nasser, di Gaza.

Di hospital itu Rosmah dijangka memberi ikrar janji sumbangan Malaysia sebanyak RM4 juta untuk hospital berkenaan dan melawat kanak-kanak berbakat di situ.

-- BERNAMA

Monday, 21 January 2013

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

aziz MB Kelantan
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit.Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Thursday, 17 January 2013

Nizar Pernah Menolak Perlaksanaan Hudud Di Perak


Video penolakan hudud oleh Nizar boleh di lihat SINI

Sumber: kelabAntiPas

Ngeh Perlu Beri Bukti Kukuh Dakwa JPJ Penyebab Kemalangan

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham perlu memberikan bukti kukuh berhubung dakwaannya terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kemalangan membabitkan kenderaan JPJ Seri Manjung di Sitiawan, Perak Jumaat lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata perbuatan Ngeh itu tidak bertanggungjawab kerana melemparkan tuduhan yang belum disahkan ke atas pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas.

Ngeh dengan sendirinya perlu memberi keterangan kepada polis Perak dan mengemukakan bukti kukuh yang dilemparkan kepada pegawai JPJ yang didakwa merentasi pembahagi jalan sehingga mengakibatkan kemalangan itu, kata Kong dalam kenyataan di sini Khamis.

Pada 11 Jan lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sitiawan didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya iaitu: "(kenderaan) JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang).

Semalam Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak menolak kemungkinan memanggil Ngeh memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman twitternya itu bagi membantu dan menambah baik siasatan polis.

Kong berkata sekiranya dakwaan itu tidak benar, Ngeh perlu memohon maaf kepada JPJ.

"Hasutan meminta rakyat tidak perlu mematuhi undang-undang jika pihak berkuasa tidak mematuhi undang-undang adalah tidak adil. Adakah beliau menyarankan setiap orang menyalahi undang-undang dan peraturan?," katanya.

Beliau berkara hasutan seperti itu tidak profesional dan perlu dihentikan untuk mengelakkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat, sekali gus boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini.

"Kita mahu memastikan Malaysia dalam keadaan aman dan harmoni serta tidak dirosakkan oleh tuduhan beremosi dan tidak berfakta dari pihak tidak bertanggungjawab," kata Kong.
-- BERNAMA

Kerajaan Perak Mementingkan Rakyat Daripada Memberi Tanah Kepada Kroni Seperti Kelantan

Perak Sedia 250 Kiosk Bantu Golongan Miskin Berniaga

Pada tahun ini, sebanyak 250 buah kiosk telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah program yang dikenali sebagai Kiosk Aman Jaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata program yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat merupakan salah satu produk mengupayakan masyarakat tempatan.

“Kiosk-kiosk ini disediakan buat golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah yang dikenalpasti bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan,” kata beliau.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program turun padang DUN Pengkalan Baharu di Arena Square, dekat Beruas, sebentar tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dermasiswa, Borang Tawaran 5A dan elaun sara hidup nelayan tempatan.

Terdahulu, di sebelah pagi, Zambry sempat meluangkan bersarapan pagi dengan masyarakat Kampung Changkat Cermin dan kemudiannya melawat surau uzur di Kampung Tebuk Yan 2, dekat Pantai Remis.

Seterusnya, beliau bersama pegawai kanan kerajaan yang lain menghadiri majlis pecah tanah bangunan tambahan SJK C Tit Bin.

BN Jaga Hutan, PR Tebang Hutan...

Ada seorang rakan berkata, dia agak pelik bila melihat NGO-NGO yang berpaksikan Pakatan Rakyat terlalu obses dengan lynas yang dikatakan merbahaya, sedangkan para sainstis dalam dan luar negara bersetuju kilang lynas tidak mendatangkan mudarat malah kadar radiasinya kurang dari TV yang kita tonton hari-hari.

Lagi pelik bila pencinta alam ini tidak mengendahkan bagaimana kerajaan Kedah, Selangor dan Kelantan sewenang-wenangnya menebang kawasan tadahan air bagi mendapatkan balak, lumayan.Lihat sahaja negeri Kedah yang terpaksa berhadapan dengan pencemaran sungai dan kemusnahan alam sekitar angkara aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Selangor negeri maju pun tidak terlepas dari bencana alam angkara tingkah laku kerajaan yang rakus, pasir disedut dan dikorek membiarkan tanah diselangor berlubang-lubang menjadi tasik buatan manusia apabila kawasan pengorekan pasir ditinggalkan...

Amat mudah Kerajaan PR mengaut keuntungan tanpa perlu bekerja keras, apabila dipersoalkan maka dia akan menjawab itu semua adalah untuk rakyat....rakyat pula dikambing hitam sedangkan poket kroni MB, YB PR yang kembung dan bernikah 3.

Ini tidak terjadi dinegeri Pentadbiran BN, dimana hutan dan sungai dipelihara demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat, Kerajaan BN memerah otak untuk menjana ekonomi negeri tidak perlu ambil jalan singkat dengan mengondolkan hasil buminya..

Kerajaan Perak akan mewartakan 19,000 hektar kawasan hutan di sepanjang jalan raya Timur Barat dari Grik-Jeli sebagai hutan simpan kekal, sekaligus menjadi bukti terhadap keprihatinan kerajaan dalam usaha mengekal dan memelihara kehijauan bumi negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh selepas menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan Yayasan Pulau Banding, Zambry berkata, pewartaan kawasan hutan di sepanjang laluan yang dianggarkan sejauh 60 kilometer (km) itu adalah satu pengorbanan besar di pihak kerajaan negeri.

“Pewartaan kawasan hutan seluas 19,000 hektar sebagai hutan simpan kekal ini adalah satu pengorbanan besar bagi pihak kerajaan negeri selain menunjukkan betapa seriusnya kita untuk memelihara alam sekitar dan juga kehijauan bumi Perak.
sumber

Polis Mungkin Panggil Ngeh Beri Keterangan Kemalangan Di Sitiawan

Polis tidak menolak kemungkinan memanggil Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman twitternya mengenai kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Sitiawan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kemungkinan itu ada bagi membantu dan menambah baik siasatan polis.
"Mungkin ada pihak lain akan dipanggil dan bukan Datuk Ngeh sahaja, katanya ketika ditemui pemberita selepas program Kepolisan Berprofil Tinggi di Universiti Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.


Pada 11 Januari lalu, Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya iaitu: "jpj purportedly cross divider to get a lorry causing the big pile up. People ask, if jpj does nt (not) follow the law why shd (should) we?"

[(kenderaan) JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang)]

Mohd Shukri juga berkata polis masih merakam keterangan empat suspek yang ditahan sebelum dan selepas kejadian itu dan masih mengenal pasti beberapa lagi suspek melalui rakaman video termasuk yang dimuatnaik dalam Youtube berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata tiga saksi bebas telah tampil bagi membantu siasatan polis.
"Kita akan mengenal pasti suspek seorang demi seorang dan kemungkinan kita akan menahan lebih ramai suspek.

"Ada rakaman video dibuat mereka yang tidak dikenali termasuk yang kita lihat di Youtube. Teknologi membantu kita dan perlu lakukan sesuatu mengenainya," katanya.

Mengenai dakwaan keempat-empat suspek itu adalah 'tonto', beliau berkata latar belakang kesemua suspek belum diperincikan lagi namun mereka disyaki terlibat dalam perbuatan membakar kenderaan JPJ terbabit semasa kejadian itu.

Beliau berkata orang ramai tidak sepatutnya menuduh kononnya polis cuba menyembunyikan fakta kejadian sebenar kerana semasa kejadian, pihaknya turut mendengar laporan daripada orang ramai yang menjadi saksi kejadian.

"Polis tidak memanipulasi atau melindungi apa-apa fakta. Apabila kita lakukan siasatan yang lebih teliti, kemungkinan cerita yang mula-mula itu akan berbeza selepas ada saksi dan orang yang datang memberi keterangan maka siasatan kita akan lebih tepat lagi," katanya.

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Km 12 Jalan Sitiawan-Ipoh di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip dan sebuah motosikal mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan. - BERNAMA

Wednesday, 16 January 2013

Nizar Mula Demam...Pembohongannya Terbongkar.

Kementerian Kewangan Sahkan MEMO PALSU Berkaitan Pampasan Buruh Paksa

Kementerian Kewangan pada Selasa berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menderita selepas terlibat sebagai buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

“Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lepas. Kes ini sedang disiasat polis,” kata kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Akibat fitnah tersebut, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Jan lepas untuk mendapatkan penjelasan disebabkan kerajaan Jepun tidak pernah membayar pampasan RM207 bilion itu.

Ini menunjukkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. – BERNAMA

Majlis Syura: Isu Kalimah Allah Selesai, Isu Amanat Hadi Bagaimana?

Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain. Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain.

Seperti biasa, PAS menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin PAS beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop PAS. Alasan kononnya PAS hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu.

Tidak mungkin selama ini PAS menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam. Tidak mungkin PAS menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.


Tuesday, 15 January 2013

Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal

Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran.  Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’.  Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta.   Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai.   Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang.  Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Kalimah Allah: Kifarah Allah Kepada PAS

Penulis masih lagi berlegar di isu yang sama, iaitu kalimah Allah.  Kalimah tauhid yang perlu kita, umat Islam, pertahankan at all cost.

Selama beberapa dekad kewujudan PAS, retorik serta extrimis tidak boleh dipisahkan diantara parti itu dan pengikutnya. Hujah mereka, dua faktor berkenaan digelapkan dan dimanipulasi dengan ganjaran Syurga kepada pengikut mereka.

Maka, lahirlah golongan yang mendabik dada kononnya lebih Islam dari orang lain.  Syurga semakin hampir, mengikut kepercayaannya.

Jangan pernah lupa bagaimana modus operandi mengkafirkan saudara Islam yang lain, hanya kerana berlainan fahaman politik. Itu gara-gara amanat Hj Hadi Awang 1981.

Berlegarlah dakwaan UMNO kafir, perlembagaannya kafir, dan pentadbirannya juga kafir.  Tidak terlepas pandang, lesen judi dan arak serta rumah-rumah urut dijadikan modal penting dalam mempengaruhi rakyat. Itulah modal mereka, sehinggalah 2008 menjelma, di mana nikmat kuasa diberikan kepada PAS untuk dihirup.


Kalimah Allah: Allah Maha Besar! PAS Tersungkur.

Melucukan, itulah ungkapan paling tepat bagi mengambarkan situasi PAS dalam menangani isu kalimah Allah. Bagaimana sebuah parti yang kononnya asas perjuangan mereka adalah untuk islam  dipimpin pula oleh barisan ulamak , boleh melakukan silap mata membuat 2 keputusan dalam masa 7 hari.

Sebelum himpunan HKR112, Presiden dan timbalan Presiden PAS berdiri dibarisan kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas menyuarakan persetujuan bahawasanya kalimah Allah boleh digunapakai oleh bukan islam dalam cara apa pun.. Tindakan mereka dilihat sebagai sokongan moral bagi mencetuskan satu himpunan yang merangkumi pelbagai kaum, dalam erti kata bagi mengalakkan rakyat beragama kristian turut bersama himpunan yang dianjurkan oleh Timbalan Presiden PAS nanti.

Ketika kenyataan itu dibacakan haji hadi awang seolah-olah sedang membaca skrip dimana pengarahnya anwar ibrahim sedang memegang skrip mengamati satu persatu apa yang haji hadi ucapkan, ini menunjukkan bahawa kenyataan yang dibaca bukan kehendak sebenar haji hadi awang tapi adalah rekaan dan ciptaan PKR dan DAP yang cuba mendominasi PAS dalam halatuju pakatan rakyat.

Buat permulaan, pihak yang menentang kenyataan ini dilihat sebagai agen UMNO, Apantah lagi  Sultan Selangor juga mengeluarkan arahan kepada MAIS bagi menghalang kalimah Allah digunapakai oleh bukan islam. Seketika orang PAS menganggap penentangan itu berdasarkan politik semata-mata

Monday, 14 January 2013

Majlis Syura PAS Di Pengaruhi Oleh UMNO....?


Islam Diabaikan Dalam HKR112...

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diwar-warkan sebagai ekspresi luahan rakyat terhadap apa yang dikatakan ketidakadilan kerajaan yang sedia ada. HKR dijadikan tempat mereka bagi menyuarakan apa yang terpendam dan mendemokan permintaan mereka untuk didengari dan dilihat oleh kerajaan meskipun kebanyakan permintaan yang disuarakan telah dipenuhi dan sedang dikaji.

Biarpun HKR dianjurkan oleh pihak pembangkang dan diketuai oleh PAS sendiri yakni Mat sabu, tiada syarat-syarat khusus penganjur buat peserta yang ingin menyertainya. Dengan kata mudah sesiapa pun boleh sertai himpunan ini untuk menyuarakan dan memperjuangkan kepercayaan mereka. Ini bagi menjamin jumlah kehadiran mencecah 1 juta seperti yang dirancang.

Cuma agak pelik dikala penganjurnya adalah timbalan Presiden PAS, segala hasrat ahli-ahli parti mengenai negara islam, hudud dan kalimah Allah  tidak disuarakan oleh peserta perhimpunan, malah Presiden PAs sendiri tidak menggunakan himpunan ini bagi menjelaskan isu-isu yang dihadapinya.

Sebaliknya golongan LGBT, Sosialis, Liberalis dan NGO-NGO pula yang menguasai segala isu dalam himpunan yang dianjurkan  oleh Mat Sabu, persoalannya adakah ada  halangan bagi rakyat yang ingin menyuarakan isu islam dalam himpunan ini?


Sunday, 13 January 2013

Perlembagaan Negara: Amanat Hadi & Buku Jingga, Mana Satu Pegangan PAS?

Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.
Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.
Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Arah Kiblat Pun Celaru, Ada Hati Kata Orang Lain Kurang Ilmu

Agak pelik bila mereka mengaku diri mereka dari sebuah parti islam , bertambah pelik bila melihatkan video yang tersebar bagaimana sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab dalam soal mengerjakan solat. Anda lihat sendiri bagaimana bercelarunya mereka menetukan arak kiblat...


Saturday, 12 January 2013

Hanya 8% Cina Hadiri HKR.

Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin.

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

Beruang Biru

Himpunan Gagal Capai Angka Sejuta Peserta.....Malah Mereka Terpaksa Berbohong.

Biarpun pihak media mereka mencanangkan jumlah kehadiran di stadium mencecah 100 ribu, namun matlamat asal mereka menghimpun peserta sejumlah sejuta orang gagal dicapai.Walaupun arahan yang dikeluarkan oleh parti-parti kompenan pakatan rakyat meminta kehadiran ahli mereka dalam himpunan ini.

100 ribu yang dicanangkan belum tentu tepat malah ada yang mengatakan hanya lingkungan 40 ribu sahaja, itu setelah dicampur anggota keselamatan.

Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan.

Maka dimana logiknya bila ada yang mengatakan bahawa jumlah kehadiran adalah mencecah 100 ribu didalam stadium...lihat sahajalah gambar yang diserta...adalah jumlah itu sebanyak 100 ribu, sekiranya anda pernah pergi ke stadium nasional bukit jalil...anda akan tahu bagaimana rasanya bila kehadiran mencecah 100 ribu orang.

Apa yang pasti pihak penganjur terus menerus mengembar gembrkan jumlah kehadiran mengikut kepala otak mereka sendiri tanpa menghiraukan kelogikan atas dakwaan mereka...namun akhirnya penentu pilihan rakyat adalah di peti undi...




Sekitar #HKR112

boleh juga lihat gambar yang lain di facebook POLIS DIRAJA MALAYSIA di sini

Azhar Idrus Sah Geng Pembangkang

Tentunya ramai penyokong PAS dan orang Melayu Islam dalam PKR sudah tidak sabar untuk memeriahkan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau pun lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Merdeka hujung minggu ini.

Himpunan yang diadakan bersempena meraikan kejayaan DAP membalacikan PAS dalam usahanya menodai kesucian kalimah Allah s.w.t untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dijangkakan akan turut disertai selebriti agama, Azhar Idrus.

Bekas pemuzik yang tiba-tiba bertukar kulit menjadi penceramah agama ini sememangnya dikenali ramai berikutan kepandaiannya membuat lawak jenaka hinggakan para pendengar yang mengikuti ceramah agama yang disampaikannya di dalam masjid sering gelihati dan ketawa tak kering gusi.

Dengan kehadiran Azhar Idrus di himpunan ini pastinya mampu membuatkan ramai pemimpin PR terutama sekali dari kalangan pemimpin Kristian dalam DAP akan tersengih sampai ke telinga bangga tak terkata.

Mana tak bangganya, selain sudah berjaya menundukkan PAS dalam isu kalimah Allah, sekarang pula dapat laba politik baru berjaya mengumpan selebriti agama yang sedang popular itu untuk turut sama meraikan kejayaan Kristian menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Selama ini, penceramah ‘bebas’ yang tak diketahui sejauh mana kelayakan tauliahnya sebagai penceramah agama ini seboleh mungkin cuba berlakon kononnya tidak menyebelahi pembangkang, tujuannya untuk mengelakkannya kehilangan pendengar setia.

Namun begitu, Azhar pernah melabelkan penyertaan para Ulama Muda (ILMU) ke dalam UMNO umpama bergelumang dengan najis parti sekular yang bakal dimasukkan ke dalam neraka. Para ilmuan muda itu juga digelar sebagai ustaz anjing.


Harun Taib Buktikan PAS Sembah Allah, Tapi Hamba Tokong

Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga.   Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.  

Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri.   Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim. 

Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit  kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian.   Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.

Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan.  Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO.  

Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna?    Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan.  Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya. 


Friday, 11 January 2013

Kereta Peronda JPJ Di Bakar Di Ayer Tawar, Perak.

Bila Mengambil tindakan undang-undang melalui kekerasan, Tidak mereka terfikir kerugian si pembayar cukai bila harta yang dimiliki oleh pihak kerajaan untuk tujuan penguatkuasaan di musnah begitu sahaja,walau apa jua alasan tindakan yang dirakamkan melalui video di bawah ini tidak sepatutnya berlaku...






sumber video

Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah

Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.


Thursday, 10 January 2013

Hadis Yang Memperkatakan Tentang Ulamak Akhir Zaman

 Jika kita hayati hadis yang akan dibaca nanti, kita pasti akan merasai ada persamaan yang berlaku didalam sebuah parti yang mengaku memperjuangkan islam...mereka telah dilanda satu fitnah dikalangan mereka sendiri..khususnya tentang amanat hadi awang, negara islam menjadi negara kebajikan , kalimah Allah....sehingga mereka sendir pun menjadi bingung dan bercelaru.

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR At-Tirmizi)


Sila Baca seterus : 

Dua Harun Bakal Tinggalkan Pas?

 Haron: I’ll never agree to allow non-Muslims use 'Allah'


Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible

Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.

Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Beza PAS Dahulu dan Sekarang...

Bayangkanlah....

Kenapa Perlu Kita Bantah Kalimah Allah Digunakan Oleh Orang Bukan Islam

Dewan Ulamak Pas masih mengekalkan pendirian mereka sebelum ini yang tidak membenarkan bukan islam menggunakan kalimah Allah. Ini amat bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS yang menyokong dan menyetujui bahawanya bukan islam boleh menggunakannya bagi tujuan agama mereka asalkan tidak disalahguna (kenyataan ini dilihat amat mengelirukan).

begitu juga dengan pendirian datuk ismail kamus yang menyebut "Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain? "Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," 

Sebenarnya kita boleh lihat kesannya di dalam alam maya, cuba lihat pada laman youtube..beribu-ribu video yang diuploadkan oleh gerakan kristian yang menggunakan kalimah Allah dalam penyebarannya...walaupun kita tidak dapat menghalang/sekat penyiarannya namun kesannya dapat dirasai...kita bayangkan bagaimana negara jiran kita indonesia.


Zairil Khir Johari b. Abdullah Ialah Anak Cina, Tiada Darah Melayu

Telah dikatakan sebelum ini bahawa Zairil Khir Johari b. Abdullah adalah simbol kebodohan DAP dan dakwaan tersebut kini sekali lagi terbukti dalam kekecohan pemilihan CEC baru-baru ini.   Kisah lawak bodoh sombong DAP guna ‘Excel Spled-shit’ dan bukan ‘Excel Spreadsheet’ untuk kira undi untuk memenangkan si Zairil ini wajib dilihat sebagai penanda aras bagi slogan ‘cekap, amanah dan telus’ (CAT) yang dilaungkan parti itu.

Kisah ini samalah dengan kisah PAS menggunakan ‘mental arithmetic’ untuk mengira Tabung Memali, saham Kohilal mahupun derma tin milo yang dikutip dari ahli-ahlinya.  Semuanya dikira di dalam ‘mental’ sahaja, tanpa perlu rekod yang jelas.   Akhirnya, keadaan menjadi kelam kabut apabila ‘mental’ si tukang kira didapati sedikit terencat dan kurang stabil.

Apapun, kesungguhan DAP untuk memenangkan dan menonjolkan Zairil sebagai  wakil Melayu sedangkan beliau bukan Melayu, dengan apa cara sekali pun termasuk cara kotor, menggambarkan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar bodoh, tidak telus, tidak cekap dan rasis parti itu.  Ia secara teknikalnya, menggambarkan betapa puak-puak kiasu DAP ini menganggap orang-orang Melayu keseluruhannya, adalah sama bodoh dengan mereka.

Inilah masalahnya dengan orang-orang bodoh, iaitu mereka tidak sedar yang mereka bodoh.

Rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Zairil bukan Melayu, dan tiada setitik pun darah Melayu di dalam tubuhnya.   Bukan sahaja dari segi biologi dan fizikal, tetapi ‘jiwa’nya juga tiada langsung jiwa Melayu.  Secara dasarnya, orang Melayu akan menerima bangsa apa saja sebagai Melayu sekiranya mereka mempunyai jiwa Melayu selain beragama Islam.

Tuesday, 8 January 2013

Himpunan Membenarkan Penggunaan Kalimah Allah?

Adakah Himpunan yang Pakatan Rakyat rancangkan pada sabtu ini akan memperjuangkan pengunaan kalimah 'Allah' oleh penganut kristian?

Persoalan ini perlu dijawab oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS apabila pada hari ini mereka telah berstuju secara bersama bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain.Ini amatlah bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada dan juga fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.(boleh dirujuk di SINI)

Rakyat perlu tahu terutamanya yang beragama islam, adakah mereka yang berkumpul pada hari itu adalah untuk menyokong penganut agama lain dalam mengguna kalimah 'Allah' , yang mana penggunaannya nanti tidak akan menepati kehendak sebenar istilah 'Allah' yang dipercayai tidak diberanak dan diperanakkan?


PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.

Helah Politik DAP Pancing Undi Melayu - Tun Mahathir

Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin.

DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Dis lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.




Monday, 7 January 2013

Sikap Sebenar Pemimpin PAS....

Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP

Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.


Pas Kini Kena ‘Kifarah’ Dosa Mengkafirkan UMNO

Penganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan percanggahan pendirian dan perbuatan kepimpinan Pas dalam melakukan perkara yang pernah mereka fatwakan sebagai haram, sehingga sanggup mengkafirkan kepimpinan dan ahli UMNO satu ketika dulu merupakan satu kifarah terhadap parti tersebut .

Jelasnya, hari ini dengan jelas bahawa Pas sendiri telah melakukan satu demi satu perbuatan yang pernah mereka fatwakan sebagai haram satu ketika dulu.

“Saya yakin, rakyat sudah sedia maklum, melalui amanat Haji Hadi kepimpinan Pas mendakwa  bahawa UMNO kafir kerana mengekal sistem undang-undang penjajah. Namun, baru-baru ini, Pas bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang melalui Buku Jingga bersetuju pula untuk mengekalkan undang-undang sedia ada yang mereka katakan undang-undang penjajah sehingga sanggup melabelkan UMNO sebagai kafir.

“Selain itu, UMNO juga pernah dikafirkan oleh kepimpinan Pas kerana mengadakan kerjasama dengan parti-parti politik bukan Islam seperti MCA dan MIC tetapi hari ini, mereka juga telah melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk apabila bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terang menentang sebarang perlaksanaan undang-undang dan syariat Islam,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sunday, 6 January 2013

Deepak Bukan Pengarang Buku "The Black Rose - Black Rose 1.0", Penipuan Terbongkar

Kecoh seketika di dalam media pro Pakatan Rakyat , tentang sebuah buku karangan/terbitan Deepak seorang lelaki yang dikaitkan dengan keluarga kepimpinan negara.

"The Black Rose - Black Rose 1.0" nama buku yang dikatakan menceritakan tentang kisah fitnah pembunuhan altantunya dan pendedahan kononnya kisah sebenar pembabitan Deepak dalam menguruskan SD seorang penyiasat persendirian yang sekarang berada dieropah bersembunyi tanpa sebab.

Agak pelik bila media pakatan rakyat mengatakan penulis buku itu adalah DEEPAK , lelaki yang digunapakai nama oleh rafizi bagi pendedahan dokumen palsu cincin berharga rm3juta yang akhirnya dikantoi oleh kenyataan DEEPAK bahawa dokumen itu bukan milik syarikat dan miliknya serta menafikan kewujudan sebarang bentuk invoice.

Dulu lain sekarang lain. Amanat 1981 vs Amanat 2013.

 Cuba renung-renungkanlah....disebabkan ingin sangat ke putrajaya mereka sanggup ubah prinsip mereka

 


Paderi Lega Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang Bukan Islam’

Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai “Allah” melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.

“Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: “Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’. PAS masih kekal dengan pendirian itu.”

Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.

Tan, yang mengetuai Gereja Katolik Melaka-Johor, dilaporkan berkata Kristian di sebelah Semenanjung merasakan ini adalah satu langkah yang signifikan dalam penyelesaian mengenai isu perkataan “Allah”.

“Pandangan saya ialah semua pihak dalam parti tersebut perlu berkomunikasi, kerana pandangan ketua penerangan itu bercanggah,” katanya lagi.


Perlembagaan Negara, Amanat Hadi & Buku Jingga : Mana Satu Pegangan PAS?

Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.


Friday, 4 January 2013

Cubaan DAP Memperdayakan Melayu...

DAP dok ingat orang Malaysia ini bodoh agaknya ya, sebab itu tanpa rasa ralat sikitpun, parti itu dengan tak malunya semalam mengumumkan secara terbuka pemilihan dalam Kongres parti tersebut bulan lepas ada ‘kesilapan’ semasa proses pengiraan ahli Jawatankerja Eksekutif Pusatnya.

Tak semena-mena, Zairil Khir Johari Bin Abdullah yang asalnya hanya mendapat 305 undi, tiba-tiba diumumkan mendapat 803 undi dan menduduki kedudukkan terakhir sekali dalama CEC, iaitu tempat ke 20.

Peningkatan hampir 200% atau 498 undi!! Macam mana tu? Biasa kalau ada silap pun tak le sampai 498 undi, dahlah jumlah perwakilan 1,823 orang saja, bukan 18,000!!

Kalau setakat 20 ke 30 boleh fahamlah, ini……..

Jangan lupa, ini kita cakap pasal DAP tau, parti yang paling kuat melalak mendakwa orang lain tak betul, tak profesional, hanya dia saja yang betul dan professional. Tapi dalam pemilihan yang dia uruskan sendiri pun boleh pulak berlaku kesilapan mengira undi kononnya.

Barang Kemas RM13 Juta: Rafizi Atau Deepak Yang Menipu?

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.

Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang.

Bagaimanapun, isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat, menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya, Anwar Ibrahim pula yang kepanasan.   Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama, iaitu scorpene.

Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin, blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti, telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Dato’ Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene.   Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut.


Thursday, 3 January 2013

Jangan Biarkan Malaysia Menjadi Granada

Oleh : Dr. Abu Uzman Abdul Rahman

1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyah Granada yang berajakan Abu 'Abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille. 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, dua bulan kemudian, Abu 'Abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.




Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah. Ia menjanjikan keadilan dan kesamarataan untuk semua pihak. Orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi masjid. Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.



Lebih menakjubkan Perjanjian Granada juga membenarkan perlaksanaan undang-undang Islam seperti yang sedia dipakai Kerajaan Islam, tanpa umat Islam perlu dihukum berdasarkan undang-undang Kristian Sepanyol! Rakyat malah bergembira kerana mereka dijanjikan pelepasan semua cukai daripada kerajaan baru.



Cantiknya Perjanjian Granada tidak terhingga. Tidak hairan, Abu 'Abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada, kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang disebut sebagai Mudejar.

Mudejar ialah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol. Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.