Saturday, 10 May 2014

UiTM Universiti Komunis – Prof. Dr. Ariffin Omar

Seorang Senator DAP, iaitu Professor Dr. Ariffin Omar telah menuduh UiTM sebagai menyalahguna kebebasan bersuara dengan menganjurkan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang dianggapnya tidak waras dan berbentuk ‘membancuh otak’ seperti komunis.

Prof. Ariffin menyelar seminar tersebut sebagai memfitnah Kristian sebagai cuba menyesatkan umat Islam.  Beliau juga turut menafikan fakta sejarah mengenai kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu.  Nampaknya begitu yakin dan bersemangat meletakkan kaum Cina dan agama Kristian mengatasi kaum dan agamanya sendiri.

Soalnya, siapakah Prof. Ariffin untuk menafikan sejarah yang telah dirakam dan dibukukan  bukan sahaja oleh pihak yang mewakili kerajaan Melayu di rantau ini, tetapi juga seluruh pengkaji sejarah dunia?

Sedangkan rakan-rakan Cina penulis yang lebih rasional juga tidak pernah menafikan bahawa nenek moyang mereka adalah pendatang.  Mereka juga tidak punya masalah untuk mengakui hakikat bahawa nenek moyang mereka tiba di sini bukan sebagai ‘orang senang’ tetapi sebagai buruh kasar.

Mereka tiba di Tanah Melayu dengan membawa harapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan selamat sementara menantikan keadaan pulih di negara mereka.  Ini kerana kehidupan mereka di Tanah Besar begitu terhimpit di bawah pemerintahan komunis dan semakin tersiksa akibat peperangan dengan Jepun.


Nenek moyang kaum Cina tidak berniat untuk duduk kekal di sini.  Namun, keselesaan hidup dan kemudahan yang didapati dari kebaikan bangsa Melayu menyebabkan mereka enggan pulang.  Justeru, mereka memohon kerakyatan melalui British, yang menjajah Malaya ketika itu.

Pastinya, permohonan tersebut ditentang hebat oleh orang-orang Melayu.

Apatah lagi dalam keadaan di mana British sengaja memberi lebih peluang kepada pendatang dan menutup peluang pendidikan terhadap orang-orang Melayu bagi memastikan orang-orang Melayu tidak mampu bangkit dan menentang penjajahan.  Akibatnya, kaum pendatang semakin berjaya dan semakin kuat, sementara orang-orang Melayu pula hanya mampu menjadi kuli atau ‘peon’ sahaja, selain petani.

Bagaimanapun, dalam usaha orang-orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan, akhirnya, satu jalan tengah telah terpaksa diambil bagi mengelak pertumpahan darah.  Maka satu perjanjian telah dibuat dengan kaum pendatang agar menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara ini untuk mendapat hak warganegara.

Kaum pendatang kemudian meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak bercadang untuk lama di sini dan sebaliknya menyimpan niat untuk kembali ke negara asal apabila keadaan di sana pulih.  Sebagai persediaan untuk anak-anak mereka kembali ke negara asal, mereka menuntut hak untuk mengamalkan bahasa, budaya dan agama masing-masing serta mempunyai sekolah untuk kaum masing-masing.

Bertitik tolak dari situ, kaum pendatang akhirnya diberikan kerakyatan secara besar-besaran.  Malangnya, mereka tidak pula kembali ke negara asal sepertimana yang dijanjikan.  Sebaliknya mereka terus berada di sini dan terus enggan berasimilasi dengan penduduk asal.  Malah, dari hari ke sehari, mereka semakin jauh dan semakin bongkak hatta ingin menukar sejarah pula.

Prof. Ariffin boleh menafikan sejarah ini demi kasihnya kepada kaum pendatang, namun ia tidak bermakna yang sejarah boleh ditukar.  13 Mei telah berlaku dan apa pun yang diperkatakan tidak mampu mengubah hakikat bahawa ia berlaku akibat sifat bongkak kaum Cina yang keterlaluan.

Sekiranya kaum Cina tidak bongkak dan bersedia berasimilasi dengan penduduk asal negara ini, maka Universiti seperti UiTM tentu tidak akan wujud pun.  Namun, oleh kerana kaum Cina begitu rasis dan chauvinis, maka hak-hak bumiputera terpaksa digariskan dengan jelas bagi mengelak dari ditindas.

Prof. Ariffin bukan seorang pendatang Cina dan beliau pastinya tidak tahu bagaimana peritnya hidup di bawah pemerintahan komunis seperti nenek moyang sahabat-sahabat Cina DAPnya.  Beliau mungkin benar-benar percaya bahawa UiTM adalah sebuah universiti ala komunis tetapi, sahabat-sahabat Cina DAPnya tahu bahawa itu tidak benar sama sekali.  Malah, sahabat-sahabatnya itu kini sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa melihat kebodohan seorang Profesor Melayu membantu mereka menentang bangsanya sendiri.

7 comments:

  1. masysAllah ...Melayu munafik.....mudah-mudahan berubah ,kalau tak matilah dalam kekesalan .

    ReplyDelete
  2. Dia sendiri yang tinggal dalam kain celah kangkang komunis tk sedar diri. Melayu murtad!-zainol_56

    ReplyDelete
  3. Inilah gambaran sikap sebahagian tenaga akademik Melayu di IPT di Malaysia ini. UiTM pun tidak terkecuali mempunyai tenaga akademik yang bersikap gunting dalam lipatan. Dengan sedikit ilmu yang mereka miliki hasil DEB, mereka menjadi peyanjung tegar perjuangan DAP. Jika mereka benar-benar berani dan yakin dengan pendirian mereka, sewajarnya mereka semua meletakkan jawatan. Ramai lagi orang Melayu yang mempunyai kelayakan yang setaraf ataupun lebih baik daripada mereka. Sepatutnya pihak IPT mengambil tindakan tegas atas tenaga akademiknya yang berpenyakit seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Percayalah lepas ni mesti ade pangkat Besar dalam PArti DAP untuk beliau ... Manusia penjual Agama dan bangsa ini Telah diterangkan dalam Alquran Sebelum ini ..kita harus berjaga2 terhadap musang berbulu Ayam ini.. Orang luar tak mungkin menjatuhkan Agama dan Bangsa .. Hanya Orang ' DALAM ' yg boleh menghancurkan ibarat bara dalam sekam...

    ReplyDelete
  5. TENGOK!!!.. Org melayu 'pakatan' memang perangai dia macam ni.. bodoh forever bertingkat-tingkat..

    ReplyDelete
  6. Kudrat dan keringat ibu bapa bangsa Melayu dicurahkan untuk anak bangsa dapat melanjutkan pengajian setinggi mungkin agar menjadi Melayu yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negaranya.

    Malangnya yang di tuai adalah Melayu seperti Prof yang masih kurang belajar tapi perasan yang dia dah cukup pandai. Inilah diantara Melayu yang yang sanggup cuim bontot kaum asing hanya untuk lagak hebat.

    Kalau setakat gelaran Prof bukanlah hebat sangat. Anak muda yang tebar roti canai 1000 biji sehari pagi dan petang dgn pendapatan RM15,000.00 sebulan lagilah HEBAT!... tak perlu nak buat tesis pun kalau tahap pemikiran seperti Prof MANGKOK ni.

    ReplyDelete
  7. Anom 00.07

    Amatlah setuju!

    ReplyDelete