Friday, 6 June 2014

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Gelatin haiwan adalah halal walau daripada babi.


Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa, guru kami (fil riwayah) Syaikhuna Fadhilah al-Syaikh al-’Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya berkenaan hukum memakan makanan yang mengandungi gelatin yang dibuat daripada haiwan termasuk babi, maka jawab al-Syaikh al-Qaradhawi:
هناك شيء يغفل عنه الكثيرون وهي قضية الاستحالة، نقول إذا استحالت النجاسة طَهُرت، يعني ممكن الشيء يكون أصله خنـزير ثم استحال أصبح مادة أخرى، أصله خنـزير ولكن أخذ منه وتحول إلى شيء آخر وصار صابون، الفقهاء قالوا مثلاً الأشياء مثل الروث ونحو ذلك حينما تؤخذ وتدخل النار وتحترق، فرمادها حلال لأنه صار شيء آخر، قالوا لو دخل كلب في مملحة ومات في المملحة وأكله الملح وإذا بحثت عنه فلن تجده، أصبح الكلب ملح، فممكن أن تستعمله في الأكل والشرب وكل شيء، لأنه تحولت العين، الحكم يدور مع عِلِّته وجوداً وعدماً، فالعِلَّة لم تعد موجودة ولذلك إذا لحم الخنـزير أو عظام الخنـزير تحولت وأنا سمعت من أخونا الدكتور محمد الهواري وهو من الدكاترة العلميين الذين يعيشون في ألمانيا من سنين طويلة وله بحث جيد في هذه القضايا، قال لك: معظم هذه الأشياء ممكن تؤخذ ويُعمل منه معجون أسنان، وتعمل منه صابون وتعمل منه جلي هو أصله خنـزير إنما صار مركباً كيماوياً جديداً فأخذ حكماً آخر.
Terjemahan: “Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat).
Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasi menjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.
Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)”
[Sumber: laman rasmi al-Syaikh al-Qaradhawi: http://www.qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/632-#لحم%20الخنـزير%20أم%20كل%20المشتقات؟ ]
Selain Yusuf al-Qaradawi, Dr. Abdul-Ghaffar Ash-Sharif (Former Dean/Professor of Shari’ah Kuwait college), Tahir al-Mahdi al-Baleeli (European Fiqh Council), Muhammad Al-Hawaari (European Council for Fatwa Research) turut menyokong pandangan bahawa semua jenis gelatin termasuk dari babi dianggal halal kerana ia telah berubah sifat.

4 comments:

  1. Aku cadangkan dihidangkan salad yang dicampurkan gelatin babi, air sirap yang dicampur dengan jeli babi serta yogurt dari susu babi...pokoknya tiada babi yang terkangkang diatas salad tersebut, jadi segala makanan dan minuman tersebut telah ditransformasikan dari babi.

    Hidangkan pada Tuan Syeikh Yusuf dan rakan rakan dalam PAS, dan bagitau terang-terang bahawa makanan dan minuman tersebut adalah generic babi. Aku mahu lihat mereka makan atau tidak dan aku mau angkat vedio sama itu action.

    Agak-agak bila menyusun maklumat saperti ini. Banyak orang fasik diluar sana yang akan gembira. Mereka juga tidak rasa bersalah merobah makna Al-Quran.

    ReplyDelete
  2. ???? bukankah gelatin tersebut diestrak (diambil) dari gelatin semulajadi babi? mana ada transformasi di sini. Bukannya gelatin itu ditransformasikan jadi benda lain cuma di modifikasikan,di proses dan di ikat secara kimia dengan bahan lain. Elemen asal tetap ada. Protien dari babi ini TIDAK di tansformasi.

    ReplyDelete
  3. POKOKNYA IA MASIH LAGI BABI>>>macam ahli cina DAPIg keluar DAP masuk MCA atau GERAKAN dia tetap cina jugak kecuali kalau dia boleh masuk UMNO atau PAS tu cerita lain baru laa namanya TRANSFORMASI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cina = babi = cina

      Delete